JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN TAHUN 2019

PPT2 (2)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

  1.       Sukacita dimaklumkan bahawa, Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Persidangan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Tahun 2019. Untuk makluman pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan, persidangan kali ini akan menjadi platform perkongsian idea kepada PPT dalam usaha untuk memperkasa skim PPT demi menghadapi cabaran untuk kekal produktif, proaktif, kreatif, berinovatif, berpengetahuan luas dan berdaya saing yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

  1.       Perincian Persidangan adalah seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh : 5 – 7  Julai 2019 (Jumaat – Ahad)
Tempoh : 3 hari 2 malam
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam
Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Peserta : 400 orang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 – N40 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan
Program : Tentatif Persidangan seperti di Lampiran A

 

  1.       Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Dato’/tuan/puan, adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan Persidangan ini kepada PPT di bawah Kementerian/Jabatan dan agensi selian masing-masing.

 

  1.       Bagi tujuan pengesahan kehadiran persidangan ini, pendaftaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 29 Mei 2019 (Selasa) dengan mengisi maklumat menerusi pautan ini: Borang Pendaftaran Persidangan PPT Tahun 2019.

 

  1.   Sebarang pertanyaan lanjut berhubung persidangan boleh merujuk kepada pegawai-pegawai seperti berikut :

 

BIL URUSAN NAMA PEGAWAI/ EMEL NO. TELEFON
1 Persidangan Puan Rohaya binti Harun

Penyelaras Program

rohaya.harun@jpa.gov.my

03-88854341
2 Encik Arshad bin Haji Arbeiam

Setiausaha KEPAK

arshad.arbeiam@moe.gov.my

03-8884 3558
3 Pendaftaran kehadiran Puan Zalina binti Morad

zalina.morad@jpa.gov.my

03-88854250

 

4 Puan Sharipah Norhasliza binti Syed Mohamed Zain

norhasliza.zain@jpa.gov.my

03-88854310

 

 

  1.       Kerjasama pihak YBhg. Dato’/tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

Blog Attachment

Related Blogs

Leave us a Comment

CommentLuv badge
PERHATIAN
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPAK, KLIK DI SINI
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Masa
Penyertaan tuan/puan amatlah dihargai
Terima Kasih
Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK