KUNJUNGAN HORMAT EXCO KEPAK BERSAMA YBHG. DATUK ABDUL JAMIL BIN ABDUL HALIM, PENGARAH BAHAGIAN SARAAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah bersetuju untuk menerima kujungan hormat daripada Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) yang telah berlangsung pada 22 Disember 2017 (Jumaat), jam 3:00 hingga 5:00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Saraminda, Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 6, Blok C3, Kompleks C, W.P. Putrajaya. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abdul Jamil bin Abdul Halim, Pengarah Bahagian Saraan, JPA.

Sesi kunjungan tadi diisi dengan pembentangan dan perbincangan berkaitan cadangan penambahabaikan skim Penolong Pegawai Tadbir. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan KEPAK mendapat maklumbalas positif daripada pihak JPA untuk membentuk kerjasama dan usahasama dengan KEPAK dalam melaksanakan beberapa program ke arah penambahbaikan skim yang dicadangkan.

Kunjungan hormat kali ini dianggap berjaya kerana KEPAK telah mengikat usahasama bersama JPA dalam melaksanakan beberapa porgram yang akan dirangka dan dilaksanakan demi kebaikan semua warga kerja PPT di seluruh negara. Semoga perjumpaan ini menjadi titik pemula kepada perubahan yang lebih baik kepada skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir.

Blog Attachment
PERHATIAN
Dimaklumkan bahawa program CSR Kepak 2018 telah dipinda seperti berikut iaitu Majlis Sesi Ramah Mesra & Majlis Penyerahan Sumbangan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan