RESOLUSI PERSIDANGAN PPT SeMALAYSIA

Bersama-sama ini disiarkan Resolusi Persidangan PPT SeMalaysia yang telah diserahkan Kepada YBhg. Dato’ Ismail bin Alias, TKPPA pada Majlis Penutupan pada 30.11.2010 untuk tatapan dan perhatian semua PPT.

RESOLUSI

Dikemukakan SURAT BALAS RESOLUSI ini untuk bacaan ahli KEPAK.

Biro Seranta

9 Comments

  • mohdzamrizakaria
    Reply

    (1) Menambah baik skim-skim perkhidmatan di bawah Kumpulan Perkhidmatan dan Sokongan (N);
    (2) Memansuh dan menaik taraf skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gunasama Persekutuan kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK);
    (3) Semua pegawai di dalam skim perkhidmatan PPT Gunasama Persekutuan Gred N27, N32 dan N36 yang telah dilantik secara tetap adalah layak ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) Gred MK41/MK42 / MK44, MK48, MK52 dan MK54;
    (4) Mewujudkan elaun-elaun baru seperti berikut:-
    (i) Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat
    – Bayaran elaun ini sebanyak 10% dari gaji pokok.
    dan lain2 yang saya tak paste kan…

    Alhamdulillah dengan perkembangan ini tuan, semoga Allah akan melembutkan pihak JPA untuk menerima permohonan kita ini…nak tanye..adakah maksud kalau 27..32..36 nie layak ditukar pada MK 41-MK 54 ini perlu ada ujian..atau 27 tukar jd 41 (mcm saya ini hanya stp/dip je). Pastu adakah benda ini akan mjd kenyataan, sbb dulu penah diutarakan bahawa nama PPT ini akan diubah pd PTO-Peg.Tadbir Operasi…skrg PTK plak…erm..apa2 pon..tahniah yang seribu kali tahniah di atas kejayaan KEPAK menganjurkan persidangan yang membuahkan pelbagai idea dan perbincangan, saya amat berharap ianya akan menjadi kenyataan…Insya’Allah..

  • mohdzamrizakaria
    Reply

    Assalamualaikum…aik nampak gayanye eden jo la yang semangat masuk site nie..asyik2 den jo yang komen (eee..perasan ke)…erm..tuan, saya takut kita akan digelakkan dengan permintaan kita ini…apa kata kita juangan juga dan maklumkan pada CUEPACS supaya semua elaun2 dinaikkan…erm..mcm elaun rumah jadikan 500-600…ITK- 300..cola 500..so..xyah la jpa pening pikir pencen..sbb elaun xkira utk pencen..so..kata lah…gaji 2000 + 500+500+300 =3300…ok tu…

  • wfv8999
    Reply

    Saudara Mohdzamrizakaria;

    Saya amat menghormati peranan Saudara dalam memberikan pelbagai pandangan yang bersahaja dan berani. Ramai Sahabatx kita di luar sana hanya gemar membaca tetapi mungkin malu untuk memberikan sebarang komen. Mereka hanya sukakan maklumat tetapi mungkin memberi komen di luar kerana faktor yang saya nyatakan di atas. Mereka juga khuatir apa yang akan diperkatakan… mungkin betul dan mungkin silap, mungkin gemuruh jika isu yang diberikan menjadi topik hangat dan dengan kata lain mungkin mereka ‘tidak berani’ kot ……

    Jangan berhenti memberikan sebarang komen dalam ruangan ini kerana komen Saudara sememangnya mendapat perhatian dari semua pembaca web ini. Saya diantara pembaca yang setia dalam membaca komenx Saudara dan ramai lagi di luar sana. Manax komen yang boleh dijawab, akan saya beri respon jika tidak mungkin Sahabatx lain akan menjawabnya. ‘You are not alone’

    Untuk makluman Saudara, komenx Saudara sering saya dan Tuan Presiden serta Pengerusi Skim – Tuan Hj. Rosly berbincang mengenainya. Saudara tak perlu berasa keseorangan dalam isux yang dibangkitkan kerana menjadi tugas kami di KEPAK untuk meneliti, mengambil tindakan dan seterusnya melaksanakan apa yang dibangkitkan sekiranya ianya mendapat persetujuan Exco. Saya harap Saudara teruskan memberikan pandangan sebegini kerana kami di KEPAK amat menghargainya.

    Wassalam

    • ppt1malaysia
      Reply

      Terima kasih kepada Pihak Kesatuan Pegawai Eksekutif kerana telah mengemukakan resolusi baru-baru ini bagi menambaik baik skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir (Pegawai Eksekutif). Saya amat menyokong penuh di atas cadangan tersebut. Setidak-tidaknya skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir ini tidak terbatas hanya ke gred N36 sahaja.
      Nowadays we have alot of graduate students holding this postion (PPT), either they are newly graduated after struggling to get a job or they were graduated while working (study on a part time basis). Not to say that they are not capable of, but I can say, some people are not so lucky. I have seen some of the PPTs performed their job very well and should be promoted to a higher position. They are very much experienced because had been serving with government for a long time as well as they already had a degree (qualified university). Unfortunately, their chances to get promoted is less (KPSL) unless they are willing to go through the same process as other freshies. In this regard, I would like to suggest to JPA or any higher ranking officers who play the role as a desicion-maker to take into consideration to ease the process of promotion.

      Terima Kasih.
      PPT N27

  • mohdzamrizakaria
    Reply

    Assalamualaikum…wfv8999 dan semua di KEPAK…terima kasih sgt kerna sudi membaca dan mengambil kira cadangan saya…semoga Allah sahaja dapat membalas jasa2 tuan/puan…saya akan mengutarakan idea dan komen2 insya’Allah…

  • wfv8999
    Reply

    Saudara Mohd Zamri;

    Mohon saudara dan rakanx PPT amati perkarax yang saya nyatakan di bawah ini sebagai maklumat usahax yang telah dilaksanakan:

    1. Kertas Kerja berkenaan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT telah disediakan dan diserahkan

    2. Persidangan mengumpulkan sebanyak mungkin PPT telah diadakan

    3. Pertemuan dengan Dato’ Sri KPPA dan Dato’ TKPPA pun telah diadakan

    4. Pertemuan dengan wakil YAB PM juga telah dilakukan dan akhirnya Resolusi pun telah dikemukakan.

    5. Pembentangan kepada Majlis Bersama Kebangsaan telah dilaksanakan

    6. Pembentangan kepada Cuepacs (Konvensyen di Kuantan – Julai 2010) pun telah dilaksanakan.

    Berdasarkan kepada check list di atas, saya rasa tak ada pihak yang ‘berautoriti’ yang masih tertinggal dalam usaha KEPAK membawa perkara Penambahbaikan PPT ini.

    Walau bagaimanapun kita tidak akan berputus asa dalam memertabatkan Perkhidmatan kita ini dan tentunya masih ada ruang serta masa kita perlu berikan kepada pihak berkenaan. “Hanya masa yang menentukan” itulah ungkapan yang sering kita dengari.

    Saya percaya pihak JPA sedang melakukan sesuatu terhadap apa juga perkara yang telah kita kemukakan. Kita tunggu dan lihat sahaja.

    KEPAK akan mengadakan pertemuan dengan SPA agar beberapa perkara dapat dibincangkan terutama mengenai Laluan Kerjaya PPT di masa hadapan.

    Kita juga perlu akur bahawa JPA sedang menyediakan semakan skim baru dan kemungkinan cadangan daripada KEPAK akan diambil kira dalam cadanganx tersebut. Secara amnya cadangan yang kita kemukakan adalah merupakan cadanganx yang munasabah yang akan membantu pihak JPA dalam menimbangkan kedudukan PPT di masax akan datang.

    Selesai Konvensyen Cuepacs ke 25 pada 23 Dis 2010 yang lalu telah memberikan peluang kepada KEPAK berperanan dalam menjayakan beberapa program yang telah dirancang. Exco Tertinggi Cuepacs sendiri telah meminta KEPAK memainkan peranan utama dalam membantu mereka untuk menyediakan kertas cadangan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Gred N.

    TKPPA pernah meminta KEPAK agar melihat adikx dibawah PPT agar kedudukan mereka dinaikkan dan seterusnya akan melonjakkan PPT sendiri dari kedudukan sekarang. Untuk itu, laluan kerjaya yang munasabah perlu disediakan dan dikemukakan kepada pihakx berkenaan.

    Wassalam

  • mohd sabri
    Reply

    Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,
    Berhubung perkara Resolusi (2) dan Resolusi (3) , saya amat mengharapkan ianya juga akan merangkumi kami PPT yang berkhidmat di Badan Berkanun seperti saya di IPTA.
    Bidang tugas kami serta tanggongjawab sama juga dengan PPT Gunasama. Kami sentiasa perlu kompiten dan menjana perubahan cara kerja yang lebih smart dan efficient.
    Peluang memajukan kerjaya dan laluan kerjaya PPT seperti juga tuan-tuan iaitu amat terhad (scarcity). Walau pun ada antara kami yang lulus KPSL, berijazah/sarjana namun peluang untuk menjawat jawatan Gred 41 amatlah sukar di Organisasi kami berkhidmat.
    Kami terpaksa bersaing dikalangan staf yang mempunyai kelayakan yang sama. Iaitu staf yang bekerja tetap, sementara, sambilan, staf projek, anak-anak pegawai, anak bangsa pegawai. Juga bersaing dengan penganggur, Penjawat Awam dan Swasta yang berkhidmat di Kementerian / Agensi Kerajaan dan Swasta, Syarikat-Syarikat dan lain-lain. Juga kami terpaksa bersaing dengan anak-anak sahabat-sahabat pegawai dan etc. (Jenuh nak perihal).
    Jawatan Gred 41 yang ditawarkan cuma 3 atau 4 tempat sahaja dalam setahun.
    Oleh yang demikian, ramai dikalangan kami yang juga turut memohon jawatan Grec 41 dengan SPA seperti jawatan Peg Belia & Sukan, Peg Penerangan, Peg Kastam, PTD dan etc.
    Semuga kita akan sentiasa ceria pada tahun 2011 dan sinar suria 2011 akan membawa kesejahteraan kepada semua PPT Malaysia.

  • mohd sabri
    Reply

    Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,
    Saya merujuk kpd surat jawaban JPA kpd KEPAK atas tajuk, Resolusi – Persidangan PPT 2010, No. Rujukan : JPA(S)(K)134/8/57 Klt.2(45) bertarikh 6 Januari 2011 adalah berkaitan.

    Syukur Alhamdulillah, suara KEPAK melalui Keputusan Konvensyen PPT 2010 telah jelas diperdengarkan kepada pihak JPA secara rasmi. Maklumbalas JPA menunjukkan banyak ruang boleh diberi penambahbaikan oleh KEPAK kepada cadangan balas JPA atas perkara Perbekalan KPSL kpd 22 Skim Perkhidmatan lain yg melaksanakan skop tugas operasi.

    Saya juga menyahut baik cadangan JPA tentang Penambahbaikan secara menyeluruh dan kajian semula terhadap sistem saraan yang melibatkan 41 skim (P&P – 6 skim dan 35 skim Kumpulan Sokongan).
    DIHARAPKAN semua PPT akan menikmati faedah dpd Kajian Semula oleh JPA ini.

    Antara penambahbaikan yang dicadangkan jika skim PPT dikekalkan seperti sekarang :
    1. membuka ruang baru iaitu alternatif selain dpd KPSL perlu diujudkan bagi tujuan laluan kerjaya baru kpd PPT yang berijazah.
    CADANGAN : Semua PPT berijazah diserapkan @ TUKARLANTIK kpd Gred 41/42 @ 44/45 kpd mana-mana 22 skim perkhidmatan yg dicadangkan oleh JPA.
    ULASAN : (1)Keserlahan PPT yg tidak pernah diragui oleh Tan Sri KPPA seperti sentiasa setia, bekerja keras, bekerja smart dan amat KOMPITEN kepada tanggongjawab ‘skop tugas operasi’ merupakan Aset penting kpd tulang belakang jentera pentadbiran Kerajaan sejak dahulu lagi.
    (2) Penjawat Awam (PA) Gred 41/42, 44/45 alaf baru MEB perlu berkeupayaan untuk menjalankan kerja-kerja dalam bentuk ‘multi tasking’. PPT adalah pelopor kpd PA alaf baru MEB yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.
    JUSTIFIKASI KEWANGAN : Kebanyakan PPT berada ditahap Mata gaji yang sangat hampir/sebaris dgn matagaji Gred 41/42, 44/45. Oleh itu kenaikan pangkat yang ditukarlantik ini TIDAK BANYAK MELIBATKAN kewangan kerajaan, jika dibandingkan dgn Penjawat Awam Baru ‘fresh graduate’.
    2. Pihak JPA perlu merombak kembali skim perkhidmatan dlm 22 skim perkhidmatan yg dicadangkan oleh mereka iaitu dgn penambahbaikan kpd keujudan lapisan Gred 41/42, 44/45, 48, 52, 54.
    3. Pihak JPA juga perlu mengubah syarat kemasukan ke 22 skim Perkhidmatan sptmana yang dicadangkan.
    4. PPT yang mempunyai KPSL juga menikmati faedah sepertimana yang dicadangkan kpd PPT yang berijazah.
    5. PPT yang tidak mempunyai ijazah DIPOHONKAN diberi penarafan Khas Untuk Penyandang (KUP) Gred 41 kpd 22 Skim Perkhidmatan yang dicadangkan oleh JPA.

    Sekadar idea yang terlintas difikiran dan dipamerkan melalui tulisan. Jika baik ambillah dan jika saya terkhilaf mohon maaf jua.

    Salam hormat.

  • NAZZ
    Reply

    Setelah lebih 11 tahun berkhidmat dengan kerajaan(dulu dan kini) saya masih di gred 19 walau telah memiliki Ijazah pertama dan Sarjana. Adakah saya ini bukti kesungguhan CUEPACS mendesak kerajaan untuk memberikan kenaikan pangkat selaras dengan kelayakan akademik kakitangan sokongan. Kakitangan sokongan bawah JPA sering diabaikan dari semua aspek termasuklah peluang untuk membaiki karier. Apakah sebenarnya matlamat pembangunan modal insan.

Leave us a Comment

CommentLuv badge
PERHATIAN
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPAK, KLIK DI SINI
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Masa
Penyertaan tuan/puan amatlah dihargai
Terima Kasih
Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK