SUMBANGAN IKHLAS KEPADA SAUDARA MOHD REDZUAN ABDULLAH, PENGERUSI KEPAK NEGERI KELANTAN

Assalammualaikum w.b.t.

Untuk makluman rakan PPT yang prihatin, Saudara Mohd Redzuan Abdullah, Pengerusi KEPAK Negeri Kelantan kini terlantar di rumah beliau kerana menghidapi bisul besar di bahagian belakang badan. Beliau juga menghidapi penyakit kencing manis. Sumbangan ikhlas saudara/saudari diharapkan bagi membantu meringankan beban kewangan beliau. Sumbangan saudara/saudari boleh disalurkan melalui akaun peribadi beliau seperti di bawah:

Nama : Mohd Redzuan bin Abdullah
No Akaun:    7051471378 (Bank CIMB)

Saudara Mohd Redzuan Abdullah (klik untuk gambar)

Untuk makluman juga, Saudara Redzuan merupakan ahli KEPAK yang paling awal tiba semasa Persidangan PPT Semenanjung yang diadakan pada 9-11 September 2015 yang lepas. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menyertai persidangan tersebut dan hanya berada di dalam bilik hotel kerana kesakitan akibat ketumbuhan bisul di bahagian belakang badannya dan perkara ini berlarutan sehinggalah ke hari ini.

Bersama-samalah kita mendoakan agar beliau segera sembuh. Amin.

Administrator Web KEPAK

Leave us a Comment

CommentLuv badge
PERHATIAN
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPAK, KLIK DI SINI
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Masa
Penyertaan tuan/puan amatlah dihargai
Terima Kasih
Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK