PENGUMUMAN TERKINI SUMBANGAN COVID-19 KEPAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Untuk makluman semua ahli KEPAK, sumbangan Covid bernilai RM50 yang diberikan kepada pesakit pada asalnya merupakan sumbangan Program Ziarah Ahli Sakit. selaras dengan pengumuman peralihan negara ke fasa endemic, pihak Kesatuan membuat keputusan untuk menghentikan sumbangan Covid tersebut MULAI 1 MEI 2022.

 

Namun sekiranya terdapat ahli aktif yang telah di tahan di mana-mana pusat kuarantin termasuklah hospital, sumbangan tersebut boleh dimohon terus ke KEPAK melalui Pn. Siti Haryanti, Biro Sosial dan Kebajikan KEPAK Pusat.

Pihak Kesatuan mendoakan agar semua Ahli berada dalam keadaan sihat dan terpelihara dari penyakit Covid-19 yang melanda. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pejabat KEPAK di talian 018-9824409. Terima kasih di atas sokongan Tuan/Puan selama ini.

Sekian, harap maklum.

Leave us a Comment

Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK