Program Kunjungan Hormat KEPAK Kepada TKPPA (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Lain-lain


Alhamdulillah selesai sesi kunjungan hormat disusuli sesi perbincangan KEPAK Malaysia kepada YBhg. Dato’ TKPPA(Operasi) bagi urusan laluan kerjaya bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, berjalan dengan lancar pada hari ini.
YBhg. Dato’ bersetuju dan sanggup memberi komitmen sebagai pemudahcara dalam sesi libat urus bersama JPA Malaysia. Semoga segala usaha dan hasrat KEPAK bagi memastikan hala tuju PPT dipermudahkan. Pihak KEPAK merakamkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ TKPPA(O) atas kesudian menerima kunjung hormat KEPAK.
Semoga langkah awal ini membuahkan hasil yang diinginkan oleh semua PPT Gunasama Persekutuan.



