Senarai MJKKP KEPAK Sesi 2025/2027

PEMAKLUMAN MESRA
Sukacita dimaklumkan, bersama-sama ini dikemukakan senarai MJKKP KEPAK Sesi 2025/2027 yang akan terus menggalas amanah dan tanggungjawab dalam meneruskan perjuangan serta pemerkasaan skim dan kebajikan PPT dalam perkhidmatan awam Malaysia.
Hasil daripada undian, komitmen Tuan / Puan serta berkat doa kepada Ilahi, gandingan MJKKP Sesi 2025/2027 diperkasakan dengan PPT yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam pembangunan organisasi, sumber manusia, urusan korporat, multimedia, pengucapan awam, sosial dan sukan, pembangunan sahsiah wanita serta pelbagai bidang kepakaran lain yang relevan dalam negara.
MJKKP KEPAK Sesi 2025/2027 juga beriltizam untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan jaringan hubungan dalam kalangan PPT skim gunasama di seluruh negeri, agar siraturrahim dan wadah perjuangan dapat digerakkan seiringan.
Akhir kata, kami mengambil peluang ini untuk terus menyumbang kudrat dan ilmu demi pembangunan skim PPT agar kekal relevan dalam landskap perkhidmatan awam Malaysia.
Sokongan Moral Anda, Semangat Kepada Kami.
Sekian, terima kasih.
“UNITED WE STAND”

Blog Attachment

Leave us a Comment

Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK