Penyerahan Kutipan Sumbangan Bencana

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini
26/4/2017, Putrajaya – Wakil Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK), Saudara Abdul Rahman Bin Abdul Rahim, Penolong Setiausaha mewakili Biro Kebajikan, Sosial dan Sukan telah menyerahkan hasil kutipan dan sumbangan bencana kepada Puan Esah Binti Jaamat, Penolong Pegawai Tadbir yang bertugas di Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Cawangan Melaka.
Pn. Esah telah ditimpa musibah akibat kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran. Pihak KEPAK telah mengadakan kutipan derma kilat di kalangan ahli KEPAK bagi membantu mengurangkan beban Pn. Esah. Majlis penyerahan sumbangan ini diadakan di BPKU Putrajaya sebentar tadi. Semoga sumbangan tuan puan dapat meringankan beban yang dialami oleh Pn. Esah.


