MAKLUMAT AM
1. LATAR BELAKANG KESATUAN
Kesatuan telah ditubuhkan pada tahun 1960 dan didaftarkan atas nama Executive Officers Union, Federation Of Malaya dengan matlamat untuk menyatukan anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat sebagai Executive Officer pada ketika itu.
2. TUJUAN KESATUAN
i. Mengorganisasikan Penolong Pegawai Tadbir sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
ii. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.
iii. Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
iv. Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
v. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya dan lain-lain seperti di Peraturan 2.
3. KEAHLIAN
Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada Penolong Pegawai Tadbir di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
4. YURAN
i. Yuran Pendaftaran Masuk: RM3.00
ii. Yuran Bulanan: RM5.00
Yuran bulanan RM5.00 akan dibuat melalui potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.
Borang Biro Perkhidmatan Angkasa (Borang BPA 1/79-Pindaan 2005) hendaklah disertakan bersekali dengan borang permohonan menjadi ahli ini. Butir butir Pej. Perakaunan, Kod Jabatan, Pusat Bayaran dan Nombor Gaji hendaklah dipenuhi oleh pemohon berserta dengan pengesahan majikan.
5. PENGHANTARAN BORANG AHLI
Borang permohonan ini hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut:-
SETIAUSAHA KEHORMAT
KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)
(EXECUTIVE OFFICERS UNION, FEDERATION OF MALAYA)
ARAS BAWAH, KUARTERS FASA 3, JALAN P9G, PRESINT 9, 62250 PUTRAJAYA
PETI SURAT 12195
50770 KUALA LUMPUR