MISI KEPAK
- MISI KEPAK adalah menjadi Kesatuan yang unggul dalam memartabatkan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir.
VISI KEPAK
- VISI KEPAK adalah memastikan Kesatuan bergerak secara demokratik dan seiring dengan CUEPACS memperjuangkan kepentingan Penolong Pegawai Tadbir khususnya dan anggota sektor awam umumnya.
TUJUAN KEPAK
- TUJUAN KEPAK ini ialah untuk:
- Mengorganisasikan pekerja-pekerja yang disebut di bawah peraturan 3(1) sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
- Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat- syarat pekerjaan yang
- Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-perkerja lain,di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan 26 dan peraturan
- Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
- Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa
- Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa
- Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
- Mengendalikan urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk kepentingan ahli-ahli Kesatuan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa
- Menubuhkan Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan- peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal tabung wang itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.
- Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.
PERHATIAN
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPAK, KLIK DI SINI
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Masa Penyertaan tuan/puan amatlah dihargaiTerima Kasih