TUJUAN PENUBUHAN
Tujuan Kesatuan ini ialah untuk:
- Mengorganisasikan pekerja-pekerja yang disebut di bawah peraturan 3(1) sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan keusahawanan, kemasyarakatan, dan ilmu pengetahuan.
- Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.
- Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli- ahli dengan pekerja-pekerja lain, di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangan menurut peraturan 26 dan peraturan 27.
- Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi, dan pendidikan dengan cara sah di sisi undang-undang.
- Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujuai oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
- Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
- Meganjurkan dan megendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
- Mengendalikan urusan mengarang , meyunting, mencetak, menerbit, dan mengedar sebarang jurnal, majalah, buletin, atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuaan ini atau untuk kepentingan ahli-ahli Kesatuan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
- Menubuhkan Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan-peratuaran tambahan untuk mentadbir dan mengawal tabung wang itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.
- Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.