Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan seperjuangan terutama warga Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) dan semua PPT Semalaysia secara amnya.
Tahun 2022 adalah merupakan tahun pemulihan setelah sekian lama kita berdepan dengan masalah Covid 19. Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar kepada kita dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi khusus penjawat awam yang berada dalam kategori B40.
Pihak Kerajaan perlu memperkenalkan sistem semakan gaji yang lebih rasional dan munasabah kepada penjawat awam untuk meneruskan kehidupan dewasa ini. Tuan / Puan KEPAK sangat prihatin kepada semua Penolong Pegawai Tadbir samaada ahli atau bukan ahli. KEPAK akan terus berjuang dengan penuh istiqomah dan konsisten dan mengangkat martabat PPT. Kepimpinan KEPAK sentiasa terbuka untuk menerima komen dan pandangan daripada hhli dan bukan ahli agar KEPAK boleh tambahbaikan lagi strategi perjuangan ini.
Saya juga berpesan kepada rakan-rakan Penolong Pegawai Tadbir supaya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pihak berkepentingan dalan kementerian dan jabatan kita bertugas.Agar Penolong Pegawai Tadbir ini dilihat hebat dan mampu mengurus tugasan dengan baik dan cemerlang. Kita perlu sedar bahawa Penolog Pegawai Tadbir merupakan tonggak sesesuatu organisasi atau jabatan, saya menyeru agar kita semua sentiasa belajar agar kita mampu menjadi pakar rujuk di tempat kita bertugas. KEPAK akan berusaha untuk menganjurkan program-program yang bersesuaian agar KEPAK boleh melahirkan Penolong Pegawai Tadbir memiliki kepakaran tertentu.Agar KEPAK mampu memberi khidmat konsultansi kepada setiap kementerian dan Jabatan.
KEPAK mengharapkan agar rakan-rakan Penolong Pegawai Tadbir diluar sana, sedia berjuang bersama dengan menjadi ahli KEPAK yang aktif. Keahlian yang ramai menunjukkan kebersamaan kita dalam menuntut penambahbaikan skim kita. Oleh itu, dengan rendah diri saya menyeru dan merayu agar rakan-rakan PPT daftarlah sebagai ahli KEPAK.InsyaAllah kepimpinan KEPAK akan bertungkus lumus dan berusaha untuk mencapai aspirasi kita bersama.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada EXCO KEPAK, Pengerusi2 Negeri, Jawatankuasa Kecil yang dibentuk atas komitmen yang diberikan sepanjang tempoh saya sebagai Presiden. InsyaAllah pada tahun 2023 kita akan mengadakan persidangan dan pemilihan kepimpinan baru bagi sessi 2023-2025.
Akhir kata, saya menyeru marilah kita sama-sama membangunkan KEPAK secara berterusan dengan prinsip kebersamaan dan keterangkuman yang padu. Saya mendoakan agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah dari sebarang penyakit serta segala urusan kita dipermudahkan.
Assalamualaikum.
