Pelan Tindakan Strategik [1] Kesatuan Pegawai Eksekutif 2016 – 2020 (KEPAK) dihasilkan dengan tujuan untuk menyediakan satu garis panduan, perancangan dan penetapan sasaran untuk mencapai kejayaan organisasi yang lebih mampan dan menyeluruh serta membawa KEPAK untuk berada di tahap yang sebenar.
Setiap organisasi perlu mempunyai pelan tindakan strategik atau rangka kerja yang tetap dan tepat bagi membawa organisasi tersebut ke arah kecemerlangan.
Pelan Tindakan Strategik KEPAK merupakan satu proses penambahbaikan dan peningkatan untuk memantapkan organisasi KEPAK di dalam menyediakan KEPAK untuk menjadi sebuah organisasi yang kukuh, mantap dan cemerlang di Malaysia.
KEPAK mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri yang perlu di gilap dan di gembleng sepenuhnya.
KEPAK juga perlu menyediakan misi dan visi yang jelas agar dapat di jadikan sebagai matlamat utama dalam perancangan jangka panjang KEPAK.
[1] “Perancangan strategik adalah satu proses untuk meletakkan kedudukan organisasi untuk mencapai prestasi yang selaras dengan tujuan penubuhan organisasi, hasrat jangka panjang dan untuk menetapkan matlamat yang realistik, objektif yang sesuai dengan misi dalam tempoh yang ditetapkan dalam kapasiti organisasi”. (McNamara, 2007).