PROGRAM PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN GRED N29 BAGI TUJUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Lain-lain


Seramai 38 orang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 telah mengikuti Program Persediaan Peperiksaan Perkhidmatan Gred N29 Bagi Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan secara dalam talian pada 5 Mac 2022. Encik Mohd Hider bin Othman selaku Presiden KEPAK juga turut hadir dan seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan.
Bengkel persediaan dikendalikan oleh penceramah, Encik Muhammad Haniff bin Huzaizi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Peserta memberi komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung dan sesi soal-jawab juga berjalan dengan lancar. Semoga semua peserta mendapat idea dalam menjawab peperiksaan dengan berkesan dan lulus dengan jayanya.
Selamat berjaya kepada semua peserta yang akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Gred 29 Dan Ke Atas yang dijadualkan pada 8 Mac 2022.
#unitedwestand



