Aktiviti Biro Skim
Selanjutnya...
Selanjutnya...
Selanjutnya...
Selanjutnya...
Selanjutnya...
Bengkel Pelan Perancangan / Hala Tuju (Roadmap) Penyediaan Kertas Kerja Skim Tahun 2026 anjuran
Biro Skim KEPAK Sesi 2025/2027
Pejabat KEPAK, Putrajaya | 06 hingga 08 Februari 2026
(Jumaat hingga Ahad)
Alhamdulillah. Ahli Jawatankuasa Biro Skim KEPAK telah selesai melaksanakan bengkel secara bersemuka dan atas talian bertujuan merangka perancangan gerak kerja sebelum penyediaan Kertas Kerja berhubung Penambahbaikkan Skim yang merangkumi laluan kerjaya dan kemudahan elaun/insentif.
Rumusan bengkel merangkumi perkara berikut:,
1. Menyediakan roadmap / carta gantt gerak kerja sepanjang tahun 2026 sebelum kertas kerja lengkap disediakan;
2. Merancang kaedah kajian yang bersesuaian untuk melengkapkan pembuktian kertas kerja seperti sampling, q & a, sesi libat urus, ulasan pihak-pihak berkepentingan, kaedah random temuduga dll;
3. Merangka draf kertas kerja agar menepati format dan kriteria teknikal yang ditetapkan oleh CUEPACS dan JPA;
4. Memastikan usul bagi kertas kerja yang disediakan adalah secara holistik, bersesuaian dengan situasi semasa dan analitikal; dan
5. Menyediakan way forward tindakan selepas bengkel merangkumi pembentangan kepada MJKKP, q & a, sampling, sesi libat urus bersama PKN & ahli KEPAK, podcast dll.
Pelaksanaan bengkel ini melibatkan Presiden KEPAK, Setiausaha
Agung KEPAK, ahli MJKKP, AJK Biro Skim KEPAK serta JK Kecil Biro Skim yang dilantik dari seluruh Malaysia, melibatkan seramai 11 orang secara bersemuka dan atas talian.

