Bengkel Pengukuhan Organisasi Kesatuan 2018.

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Biro Pembangunan Modal Insan, Biro Skim dan Pembangunan Modal Insan, KEPAK Negeri
27 – 28 Mac 2018, Bangi – Bagi mengukuhkan perpaduan dan kefahaman dalam konsep berkesatuan, Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) Pusat berkerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Organisasi Kesatuan 2018 pada 27 sehingga 28 Mac 2018 di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (
Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mustafa Ali, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia. Majlis turut disertai oleh Pengarah JHEKS Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Puan Appu Malar Ponniah dan Tuan Haji Rusli Bin Sulaiman, Presiden KEPAK.
Dalam bengkel berkenaan, telah diterangkan tatacara kesatuan dan bagaimana menguruskan oleh pihak JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan. Turut diadakan sesi pembentangan aktiviti oleh KEPAK Negeri dan juga penyerahan sijil watikah pelantikan kepada Pengerusi KEPAK Negeri.

