BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN PENGESAHAN JAWATAN PPT N5 (SIRI 1/2026) KEPAK PUSAT TAHUN 2026

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN PENGESAHAN JAWATAN PPT N5 (SIRI 1/2026)
KEPAK PUSAT

Biro Keahlian dan Modal Insan KEPAK dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan bengkel intensif bagi membantu Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N5 (Gunasama Persekutuan) sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

Sesi ini merupakan peluang bagi yang ingin menduduki peperiksaan pengesahan jawatan kerana penceramah jemputan adalah pegawai daripada Unit Peperiksaan JPA yang akan mengupas teknik menjawab berdasarkan kehendak pemeriksa serta rujukan MyPPSM terkini.

Butiran Program

Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)

Masa: 10.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

Medium: Google Meet

Yuran Ahli KEPAK: Percuma (Sebagai manfaat keahlian)

Yuran Bukan Ahli: RM30.00

Kelebihan Menyertai Bengkel Ini

Teknik Tepat: Memahami format dan kehendak soalan mengikut standard JPA.

Rujukan Terkini: Fokus kepada MyPPSM dan sumber rujukan rasmi yang berkaitan.

Sijil Digital: Disediakan kepada semua peserta.

Manfaat Tambahan: Diskaun 20% pembelian buku ILBS (khas untuk ahli KEPAK sahaja).

Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK