KAJI SELIDIK KEPERLUAN KURSUS DAN LATIHAN BAGI PENOLONG PEGAWAI TADBIR DI BAHAGIAN/JABATAN/PPD, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kaji selidik ini adalah usahasama antara KEPAK Cawangan KPM dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM.

Tujuan kaji selidik ini diadakan bagi mengumpul maklumat asas berkaitan pengetahuan dan kemahiran Penolong Pegawai Tadbir di seluruh jabatan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merangka dan merancang latihan, kursus, seminar dan apa jua bentuk kaedah penyebaran dan perkongsian ilmu berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas hakiki masing-masing.

Mohon bantuan & kerjasama semua rakan-rakan yang bertugas di semua jabatan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pendidikan & Sektor Pengajian Tinggi) untuk memberi maklumbalas bagi kaji selidik ini. Tarikh akhir bagi kaji selidik ini ialah 15 Oktober 2018 (Isnin).

Segala kerjasama, keprihatinan dan komitmen tuan/puan dalam perkara ini saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian.

Sila klik : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdaSVo5gmToxSzAn4dGwCkhqnFMi7q4GWs-ovj88Dxt4cBqrg/viewform?usp=sf_link

Leave us a Comment

Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK