KAJI SELIDIK KEPERLUAN PERUMAHAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Pengumuman
KAJI SELIDIK KEPERLUAN PERUMAHAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
(CUEPACS) sedang melaksanakan kaji selidik mengenai keperluan perumahan di kalangan Anggota Perkhidmatan Awam. Tujuan kaji selidik ini adalah untuk melihat keperluan perumahan di kalangan anggota perkhidmatan awam di Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dalam memiliki sebuah rumah yang sesuai untuk sesebuah keluarga. Kaji selidik ini mengandungi 54 soalan dan dibahagikan kepada 5 bahagian (Bahagian A -Bahagain E). Tempoh kaji selidik adalah bermula 26 Julai 2019 hingga 16 Ogos 2019. Sehubungan itu dipohon kerjasama YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan supaya dapat mengambil bahagian dengan menjawab soalan kaji selidik ini.
Segala maklumat dan input daripada YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan dikategorikan sebagai SULIT dan hanya akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan penyediaan perumahan mampu milik kepada anggota perkhidmatan awam sahaja. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Oleh: Ibu Pejabat CUEPACS Wisma CUEPACS, 34A, Jalan Gajah Off Jalan Yew, Pudu 55100 Kuala Lumpur
https://forms.office.com/Pages/ResponsePage.aspx?id=GGtTd5ORr02awevDaUjm96hhutUB1_1FpOzefHnjd6lUMTg1VjlUQVpVOEtYWVA4WktZVUI1SUFOWS4u

