Konvensyen Kongres TriTahunan CUEPACS ke 28 Bermula.

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Berita Umum

17 Disember 2019, Shah Alam Convention Centre – Ketika ini telah bermulanya Konvensyen Kongres TriTahunan CUEPACS ke 28 yang diadakan setiap 3 tahun sekali bagi melantik kepimpinan baharu. Konvensyen telah dimulakan dengan Pelantikan Jawatankasa seperti Jawatankuasa Tauliah, Jawatankuasa Peraturan Tetap, Jawatankuasa Perkara Am dan Jawatankuasa Pemeriksa dan Pengira Undi. KEPAK diberi kepercayaan sekali lagi dengan telah dilantik seorang wakil KEPAK sebagai Ahli dalam Jawatankuasa Perkara Am iaitu Saudara Aminuddin Zainal Abidin. Turut berlangsung adalah pengesahan minit mesyuarat bagi Konvensyen Kongres TriTahunan Cuepacs ke 27 yang telah berlangsung di Dewan Wawasan, Menara PGRM pada 3 tahun yang lalu.
Majlis Perasmian telah diadakan pada sebelah petang yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Dalam ucapan perasmian oleh beliau, YBhg. Tan Sri KSN telah menyatakan bahawa masyarakat sepatutnya tidak sangsi dengan penjawat awam yang sedang berkhidmat kerana mereka menjalankan amanah yang diberikan tanpa mengira siapa pun parti yang memerintah kerajaan ketika ini dan tiada penjawat awam yang mengamalkan daulah terpendam atau Deep State. Beliau menyatakan lagi dari seseorang itu bangun dari tidur sehingga seseorang itu kembali tidur serta semasa mereka tidur, ia tidak lari daripada penugasan sebagai penjawat awam.
Turut diadakan Majlis Pelancaran (2) Dua buah buku iaitu Kajian Selidik Keperluan Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam dan Perkhidmatan Awam: Back to Basic. Selain itu, turut diadakan Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat CUEPACS, antaranya penerima adalah Mantan Presiden KEPAK iaitu Tuan Haji Rusli bin Sulaiman yang menerima Pingat Kebaktian CUEPACS (PKC).

