LAWATAN BIRO KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL WANITA KEPAK KE RUMAH WARIS PUAN MARINA BINTI MOHAMED SHA’ARANI PENOLONG PEGAWAI TADBIR TERTINGGI

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Lain-lain
PUTRAJAYA | 11 Oktober 2025 (Sabtu)
Biro Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita hari ini berkesempatan untuk menziarahi dan menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada waris Almarhumah Puan Marina di kediaman beliau, P18K ½, PERSINT 18, PUTRAJAYA. Semoga arwah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga ziarah #CaknaKebajikan ini akan berterusan kepada ahli-ahli KEPAK yang lain.

