Majlis Jalinan Kasih KEPAK Negeri Selangor


- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Berita Umum, KEPAK Negeri
18 September 2020 – Bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, telah satu Majlis Jalinan Kasih dan Penyerahan Kad Keahlian Baharu.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Nazrul Shukri Bin Ali, KPSU, BPSM SUK Selangor. Turut hadir adalah mewakili Presiden KEPAK adalah Saudara Ibrahim Azhar bin Datok Setia Ab.Wahab, Pengerusi Biro Seranta dan Publisiti PUSAT dan Saudari Erinna Erna Binti Mohammad, Exco Biro Skim dan Pembangunan Modal Insan Pusat.
Seramai lebih kurang 91 orang PPT yang hadir bagi menjayakan majlis berkenaan. Turut diadakan meraikan PPT yang telah bersara. Majlis ini adalah buat julungkali diadakan telah diusahakan oleh Saudara Aminuddin Bin Zainal Abidin dan barisan Jawatankuasa Kerja KEPAK Negeri Selangor.
Terdapat kaunter MyCensus dan Kaunter Pendaftaran Keahlian KEPAK dibuka sepanjang Majlis Berlangsung.
#UnitedWeStand
#KEPAKSelangor

