NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMALAYSIA (KEPAK) KALI KE-44 : (Executive Officers Union, Federation Of Malaya)

notis

Semua Ahli Kesatuan Pegawai Eksekutif Semalaysia (KEPAK)

 Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMALAYSIA (KEPAK) KALI KE-44 : (Executive Officers Union, Federation Of Malaya)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut seperti di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pegawai Eksekutif Semalaysia (KEPAK) Kali Ke-44 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh             :           07 Jun 2021 (ISNIN)

Masa              :           9.00 pagi

Tempat           :           Akan Dimaklumkan Kelak

  1. Untuk makluman tuan/puan, mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja bagi Sesi 2021/2023. Pemilihan hanya terbuka kepada Ahli KEPAK yang berdaftar sahaja, yuran tidak putus selama tiga (3) bulan berturut-turut dan masih sah (semua ahli berhak) adalah layak untuk mengundi melalui Undi Sulit (Peraturan 25, Perkara 1). Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Kesatuan Pegawai Eksekutif Semalaysia (KEPAK) Kali Ke-44.
  2. Bersama-sama ini, disertakan Borang Pencalonan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja dan Borang Usul untuk perhatian serta tindakan tuan/puan selanjutnya. Majlis Jawatankuasa Kerja (pegawai-pegawai Kesatuan) terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, seorang Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Penolong Setiausaha dan sepuluh (10) Ahli Jawatankuasa. Sesuatu pencalonan tidak sah jika;
  • ia tidak ditandatangani oleh seorang pencadang dan seorang penyokong yang merupakan ahli-ahli berhak; atau
  • ia tidak mengandungi persetujuan bertulis calon yang hendak bertanding.
  1. Borang Pencalonan dan Borang Usul hendaklah dikembalikan kepada Setiausaha melalui e-mel ke setiausaha@kepak.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mac 2021 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“UNITED WE STAND”

Saya yang menjalankan tugas,

 

( ARSHAD BIN HAJI ARBEIAM )

Setiausaha

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semalaysia (KEPAK)

[Executive Officers Union, Federation Of Malaya]

 

Klik (Notis Mesyuarat Agong KEPAK ke 44)

Klik (Borang Pencalonan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja)

Klik (Borang Usul)

Blog Attachment

Related Blogs

Leave us a Comment

CommentLuv badge
PERHATIAN
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPAK, KLIK DI SINI
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Masa
Penyertaan tuan/puan amatlah dihargai
Terima Kasih
Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK