Pelan Tindakan Strategik [1] Kesatuan Pegawai Eksekutif 2025 – 2027 (KEPAK) dihasilkan dengan tujuan untuk menyediakan satu garis panduan, perancangan dan penetapan sasaran untuk mencapai kejayaan organisasi yang lebih mampan dan menyeluruh serta membawa KEPAK untuk berada di tahap yang sebenar.
Setiap kesatuan perlu mempunyai pelan tindakan strategik atau rangka kerja yang tetap dan tepat bagi membawa organisasi tersebut ke arah objektif dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pelan Tindakan Strategik KEPAK merupakan proses penambahbaikan dan meningkatkan kreativiti untuk memantapkan kesatuan ini di dalam menyediakan KEPAK untuk menjadi sebuah kesatuan yang berdaya saing, disegani dan dikenali di dalam perkhidmatan awam.
KEPAK terdiri daripada Penolong Pegawai Tadbir yang mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kepakaran tersendiri yang sentiasa akan digilap dan diperkasakan berbanding skim-skim perjawatan lain.
KEPAK juga telah menyediakan sasaran dan target yang jelas yang boleh dicapai untuk kebaikan skim Penolong Pegawai Tadbir.
[1] “Perancangan strategik adalah satu proses untuk meletakkan kedudukan organisasi untuk mencapai prestasi yang selaras dengan tujuan penubuhan organisasi, hasrat jangka panjang dan untuk menetapkan matlamat yang realistik, objektif yang sesuai dengan misi dalam tempoh yang ditetapkan dalam kapasiti organisasi”. (McNamara, 2007).