Program Latihan Transformasi Negara Penolong Pegawai Tadbir

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Biro Pembangunan Modal Insan
| Biro | BIRO PEMBANGUNAN MODAL INSAN |
| TajukAktiviti | PROGRAM LATIHAN TRANSFORMASI NEGARA PENOLONG PEGAWAI TADBIR |
| Objektif/Sasaran | PPT GRED N29/32/36 |
| Tarikh | 28 – 30 SEPTEMBER 2016 |
| Masa | |
| Lokasi | KEM BINA NEGARA LANGKAWI, KEDAH |
| JumlahPeserta | 75 PESERTA |
| VIP/Perasmi
(Jika Ada) |
|
| Keterangan Aktiviti /Laporan Ringkas (Sekurangnya 2 Perenggan) | KEPAK dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri telah Berjaya menganjurkan Program Transformasi Negara NGO Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) yang telah diadakan di Kem Bina Negara Langkawi, Kedah pada 28 – 30 September 2016.
Seramai 75 peserta telah menghadiri kursus dari seluruh Negara dan KEPAK telah menyediakan pengangkutan bas dan van untuk mengambil dan menghantar peserta kursus dari dan ke LapanganTerbang Antarabangsa Langkawi dan Jeti Kuah. Di dalam kursus tersebut, pihak BTN telah meluahkan perasaan kecewa dengan jumlah kehadiran peserta kursus yang kurang memberangsangkan daripada jangkaan 100 orang peserta. Penjelasan telah diberikan kepada pihak BTN bahawa ketidakhadiran peserta adalah disebabkan beberapa perkara seperti kekangan peruntukan di Jabatan masing-masing dan tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan di saat akhir. Walaupun kehadiran tidak memberangsangkan, namun komitmen peserta kursus adalah amat tinggi di mana pihak BTN amat berpuashati terhadap penglibatan semua peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan. |
| Disediakanoleh | Biro Pembangunan Modal Insan |


