1st National Seminar Executive Officer “Redesigning Scheme For Future”

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Biro Pembangunan Modal Insan, Biro Skim dan Pembangunan Modal Insan, Pengumuman
Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia.
Kepada semua sahabat dan rakan Skim Penolong Pegawai Tadbir seluruh Malaysia. Pihak Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengadakan 1st National Seminar Executive Officer “Redesigning Scheme For Future” yang dijangka diadakan pada 12 Februari 2018 bertempat di Auditorium JPA, Parcel C, Putrajaya. Sehubungan dengan itu, untuk semua rakan-rakan yang berminat untuk menyertai mohon untuk mendaftarkan maklumat diri di borang dibawah sebelum 19 Januari 2018 (Jumaat).
Program ini terbuka kepada semua Penolong Pegawai Tadbir Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan.
Mari lah sama-sama kita bersama memperjuangkan demi kebaikan skim perkhidmatan kita.
“United We Stand”
* Permohonan menyertai 1st National Seminar Executive Officer telah diTUTUP kerana telah mencapai kouta yang telah diperuntukan. Sebarang kekosongan akan dimaklumkan kelak. Terima kasih atas kesudian tuan/puan kerana ingin menyertai program ini.

