Dirgahyu Tuanku

DIRGAHYU TUANKU PHG KEPAK (FINAL)

Dirgahyu Tuanku

Patik Sekalian dari Kesatuan Pegawai Eksekutif Malaysia (KEPAK) merafak sembah dan menjunjung kasih di atas permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah sebagai Paduka Seri Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang dan segala Jajahan Takluknya.

Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang yang baharu ini, menjadikan negeri Pahang Aman dan Makmur, dan rakyatnya bersatu padu, harmoni dan saling menghormati.

Semoga Allah menjadikan Negeri Pahang sebuah negeri yang menggunakan hasil buminya dengan telus dan amanah, memberi nikmat dan kebaikan kepada rakyatnya, dalam pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang yang baharu. Semoga di bawah naungan pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang, rakyat berbilang kaum berbilang agama, hidup penuh harmoni – saling hormat antara satu sama lain.

Patik juga berdoa semoga Duli-Duli Tuanku serta anakanda-anakanda serta seluruh kerabat Di-Raja Pahang dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam pemeliharaan dan lindungan ILAHI.

Daulat Tuanku!!

Daulat Tuanku!!

Daulat Tuanku!!

Related Blogs

Leave us a Comment

CommentLuv badge
PERHATIAN
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPAK, KLIK DI SINI
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Masa
Penyertaan tuan/puan amatlah dihargai
Terima Kasih
Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK