PEMAKLUMAN UNTUK AHLI KEPAK BERKENAAN SUMBANGAN KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF KAE TABUNG KHAS COVID19

- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Biro Kebajikan
Sebagai tanda solidariti dan keperhatian kepada mangsa yang terkesan dan pada yang tiada punca pendapatan akibat pandemik COVID-19, pihak kesatuan telah bersetuju menyalurkan sumbangan dari yuran ahli KEPAK dengan kadar RM1 bagi setiap ahli untuk tempoh sebulan.
Berdasarkan rekod kesatuan seramai 1,494 ahli Kesatuan yang membayar setiap bulan secara tepat. Semoga ianya menjadi sumbangan kita bagi membantu negara.
Bagi yang ingin menderma secara individu boleh didermakan terus ke tabung khas COVID-19.
Kepada anda semua, #dudukrumah, #stayhome dan #keepsocialdistance dalam tempoh #pkp #perintahkawalanpergerakan
#UnitedWeStand