Program CSR “Masih Ada yang Sayang” KEPAK Pulau Pinang

WhatsApp Image 2020-02-27 at 13.24.26 (2)

 

27/02/2020 -Bertempat di Badan Kebajikan Rumah Warga Emas, Pusat Jagaan Darul Hanan, Pongsu Seribu, Bertam Pulau Pinang telah diadakan anjuran KEPAK Pulau Pinang mulai jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Seramai 21 pegawai PPT Pulau Pinang telah hadir menggembeling tenaga bersama memeriahkan majlis bersama kesemua penghuni pusat ini yang dianggarkan seramai 67 orang.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kenamaan YBhg Dato Hjh Jahara bt Hamid, Pengerusi Pusat Jagaan Darul Hanan yang berbesar hati menyambut kedatangan kami dan turut sama dalam majlis ini.

Jalinan silaturrahim dan ukhuwah sesama PPT dengan warga tua di sini telah disemai dalam hati kami semua. InshaAllah

#KEPAK
#KEPAK1st
#KEPAKPulauPinang

#KEPAKPenang

#CSR

#masihadayangsayang

#menyantui

Blog Attachment

Related Blogs

Leave us a Comment

Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK