SAMBUTAN HARI PEKERJA 2011

Kali ini CUEPACS Malaysia telah menyambut Hari Pekerja di Perak yang mana YB Menteri Besar telah merasmikan majlis tersebut. Terima kasih YB.

Dalam ucapan aluan Oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Omar bin Osman, Presiden CUEPACS Malaysia telah memaklumkan bahawa penjawat awam Kerajaan Malaysia berada di ranking ke-5 dunia.

Dato’ Presiden juga dalam ucapannya telah mengemukakan beberapa permohonan Cuepacs kepada kerajaan antaranya :-

(i)                  Kumpulan sokongan I & II ditukar nama kepada Kumpulan Pelaksana;

(ii)                Bantuan Sara Hidup (COLA) diselaraskan semua kepada RM300.00;

(iii)               Umur bersara dinaikkan kepada 60 tahun;

(iv)              Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) perlu dikaji semula;

(v)                Kajian semula Gred Jawatan;

(vi)              Semakan semula Sistem Saraan Malaysia; dan

(vii)             Gaji minimum semua pekerja di Malaysia diselaraskan.

Selain daripada itu Cuepacs juga menyokong Kerajaan dalam usaha memansuhkan PTK dan kaedah baru akan dipersetujui sekiranya ianya memberikan manfaat yang lebih baik daripada PTK tersebut.

Dalam pada itu beliau juga mengambil kesempatan menyeru  kepada penjawat awam, agar bersama-sama Perangi Rasuah agar imej penjawat awam dapat dipertingkatkan dan Leadership Mind Set .

Leave us a Comment

CommentLuv badge
PERHATIAN
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPAK, KLIK DI SINI
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Masa
Penyertaan tuan/puan amatlah dihargai
Terima Kasih
Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK