SEMAKAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT PERHUBUNGAN AHLI KEPAK 2019

Tuan/Puan,

Biro Keahlian KEPAK sedang menjalankan proses semakan dan kemaskini maklumat perhubungan bagi semua ahli berdaftar KEPAK sehingga tahun 2019.

 

Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan sebagai ahli diperlukan untuk menyemak status keahlian melalui senarai yang disertakan melalui pautan.

 

Untuk kemaskini maklumat perhubungan, tuan/puan diminta untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan menggunakan borang yang disediakan di pautan ini: 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe2B_0pGG7RVySKyYqOvDhCSQvO5bz7t9MsPvcRMA136sIekw/viewform?usp=pp_url

 

Proses semak dan kemaskini ini dijalankan sehingga 25 Februari 2019. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan hal ini bolehlah diajukan terus melalui  emel:

keahlian@kepak.my , setiausaha@kepak.my atau psu@kepak.my.

 

Adalah besar harapan KEPAK supaya setiap maklumat yang diberikan tuan/puan tepat, benar, sahih dan betul supaya ianya dapat membantu kesatuan dalam perhubungan dengan ahli di seluruh negara dalam menyampaikan maklumat terkini berkaitan, terutamanya aktiviti kesatuan dan hal-hal kebajikan ahli.

 

Segala perhatian, kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ribuan terima kasih.

Blog Attachment

Related Blogs

Leave us a Comment

Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK