JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN TAHUN 2019


- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Berita Umum, KEPAK Negeri, Pengumuman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN TAHUN 2019
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa, Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Persidangan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Tahun 2019. Untuk makluman pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan, persidangan kali ini akan menjadi platform perkongsian idea kepada PPT dalam usaha untuk memperkasa skim PPT demi menghadapi cabaran untuk kekal produktif, proaktif, kreatif, berinovatif, berpengetahuan luas dan berdaya saing yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
- Perincian Persidangan adalah seperti ketetapan berikut:
| Tarikh | : | 5 – 7 Julai 2019 (Jumaat – Ahad) |
| Tempoh | : | 3 hari 2 malam |
| Masa | : | 8.00 pagi – 10.30 malam |
| Tempat | : | Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jalan Maktab, Seksyen 12 43650 Bandar Baru Bangi Selangor |
| Peserta | : | 400 orang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 – N40 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan |
| Program | : | Tentatif Persidangan seperti di Lampiran A |
- Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Dato’/tuan/puan, adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan Persidangan ini kepada PPT di bawah Kementerian/Jabatan dan agensi selian masing-masing.
- Bagi tujuan pengesahan kehadiran persidangan ini, pendaftaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 29 Mei 2019 (Selasa) dengan mengisi maklumat menerusi pautan ini: Borang Pendaftaran Persidangan PPT Tahun 2019.
- Sebarang pertanyaan lanjut berhubung persidangan boleh merujuk kepada pegawai-pegawai seperti berikut :
| BIL | URUSAN | NAMA PEGAWAI/ EMEL | NO. TELEFON |
| 1 | Persidangan | Puan Rohaya binti Harun
Penyelaras Program |
03-88854341 |
| 2 | Encik Arshad bin Haji Arbeiam
Setiausaha KEPAK |
03-8884 3558 | |
| 3 | Pendaftaran kehadiran | Puan Zalina binti Morad | 03-88854250
|
| 4 | Puan Sharipah Norhasliza binti Syed Mohamed Zain | 03-88854310
|
- Kerjasama pihak YBhg. Dato’/tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

