Kunjungan Hormat KEPAK Pusat Bersama YBhg Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, KPPA

  • image

8 Februari 2018, Putrajaya – Barisan Jawatankuasa Kerja Pusat Kesatuan Pegawai Eksekutif Malaysia (KEPAK) sesi 2017- 2019 buat julung kali mengadakan kunjungan hormat bersama YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Delegasi KEPAK seramai 12 orang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Rusli Bin Sulaiman  bersama barisan Majlis Tertinggi dan Exco Jawatankuasa Kerja KEPAK Pusat. Turut hadir dalam perjumpaan dan perbincangan itu adalah, YBhg. Dato’ Mohtar Bin Mohd Abd Rahman Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketika penemuan dan perbincangan selama lebih dari satu jam bersama YBhg. Tan Sri KPPA, pihak Kesatuan telah dapat menzahirkan pelbagai idea dan pandangan bagi menambahbaik skim Penolong Pegawai Tadbir yang mewakili ahli-ahli KEPAK secara khususnya dan mewakili Skim Penolong Pegawai Tadbir secara amnya. Pihak Kesatuan juga mendapat maklumbalas yang baik dalam beberapa perkara dan isu yang telah dikemukakan kepada pihak JPA sebelum ini. YBhg. Tan Sri KPPA turut menyatakan beliau sentiasa menerima pandangan daripada KEPAK bagi menambahbaik Skim Penolong Pegawai Tadbir sekaligus menambahbaik skim perkhidmatan awam secara keseluruhan. Semoga apa yang telah diperbincangkan dapat membuahkan hasil yang baik kepada ahli kesatuan yang sentiasa memberi sokongan kepada KEPAK.

United We Stand

Blog Attachment

Related Blogs

Leave us a Comment

Ke Mana Yuran Bulanan KEPAK