Kunjungan Hormat KEPAK Pusat Dengan Pengarah Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan


- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Berita Umum, Biro Skim dan Pembangunan Modal Insan
7 Februari 2018, Shah Alam – Bertempat di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan, seramai 3 wakil Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia yang diketuai Saudara Presiden, Tuan Haji Rusli Bin Sulaiman telah mengadakan kunjungan hormat dengan Pengarah Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan, YBrs. Puan Anpu Malar a/p Ponniah. Turut hadir, Puan Zuraidah Ramli dan En. Ramlan Panot dari JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan dan Timbalan Presiden KEPAK, Puan Nazeema Bebe Mohamed Yusof serta Setiausaha KEPAK, Saudara Arshad Arbeiam.
Pelbagai isu telah dibincangkan dalam perjumpaan berkenaan bagi menambahbaik hubungan baik KEPAK dengan Pihak JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan.

