KUNJUNGAN HORMAT KEPAK PULAU PINANG KE YB DATO’ ABDUL RAZAK BIN JAAFAR, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG


- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, KEPAK Negeri

25 Februari 2020 – Bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, telah diadakan satu kunjungan hormat kepada YB Dato’ Abdul Razak bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh ahli Jawatankuasa KEPAK Pulau Pinang sekitar 11.00pg. Perjumpaan berlangsung selama sejam di Pejabat SUK, Tgkt 25, KOMTAR., bagi berbincang pelbagai perkara mengenai objektif, perancangan program mendatang KEPAK dan visi /misi KEPAK P. Pinang.
YB Dato sangat menyokong malah memberi idea dan buah fikiran serta membuka peluang bagi KEPAK utk mendapatkan mempelbagaikan sumber dana bagi merealisasikan program bersama PPT lain (ahli biasa). Dijangkakan akan diadakan perjumpaan bersama semua PPT di Pulau Pinang bersama YB SUK dalam tahun ini. InshaAllah.

