NOTIS MESYUARAT AGUNG KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK) KE 42


- Ditulis Oleh KEPAK Official
- Kategori Berita Terkini, Berita Umum, Pengumuman
NOTIS MESYUARAT AGUNG KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK) KE 42
Sukacita memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai Eksekutid (KEPAK) ke 42 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 30 September 2017
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Datuk Mohd Shahir,
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jalan Maktab, Seksyen 12,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Untuk makluman tuan/puan, mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan jawatan bagi menjawat Majlis Jawatankuasa Kerja bagi Sesi 2017/2019. Pemilihan akan dibuat hanya kepada ahli berdaftar sahaja, yang mana telah membuat bayaran yuran selama 3 bulan berturut-turut dan masih sah adalah layak untuk mengundi rahsia melalui Undi Rahsia (Peraturan 25, Perkara 1). Sehubungan dengan itu, tuan puan dijemput hadir bagi menjayakan Majlis ini.
Bersama-sama ini dilampirkan Notis Panggilan Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai Eksekutif ke 42, Borang Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja, Borang Usul dan Borang Pengesahan Kehadiran untuk perhatian dan tindakan tuan puan sewajarnya. Sebarang Pencalonan dan usul hendaklah dikemukakan kepada En. Mohd Zaidi Bin Hj. Che Din (Setiausaha KEPAK) melalui emel: mohd.zaidi@moh.gov.my atau En. Abdul Rahman Bin Abdul Rahim (Penolong Setiausah KEPAK) melalui emel: rahman.rahim@selangor.gov.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 22 September 2017 (Jumaat).

